Sunday, 19 February 2017

Tanggungjawab Wali

Perkongsian yang dibuat oleh Hishamuddin Abdul Majid ini harapnya dapat membuka mata kepada ahli keluarga terutama wali tentang tanggungjawab mereka jika berlaku kematian dalam keluarga.

Ini kerana akibat amanah yang tidak terlaksana ramai wanita yang kematian suami atau ibu tunggal hidup merempat kerana hilang tempat bergantung dan tidak dipedulikan ahli keluarga yang sepatutnya membantu mereka meneruskan kehidupan.

Semoga status yang mendapat hampir 20 ribu perkongsian ini memberi kesedaran bukan saja pada wanita tapi kepada golongan lelaki atau wali akan tanggungjawab besar yang terpikul di bahu mereka.

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu.

Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak.

Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Ramai kalangan kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan.

Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki. Tanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya.

Apabila agama itu diambil separuh separuh, yang memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.

Berdasarkan Kisah Benar Isteri kematian suami

Mari kita berfikir akan kisah benar yg berlaku pada seorang balu yang kematian suami.

1. Semasa hidup si mati orang susah, adik beradik tak pernah menjenguk, apatah lagi nak hulur belanja utk anak buah walaupun semuanya kerja bagus.

2. Rezeki anak-anak si mati dapat beli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah untuk tujuan berkebun tapi tak kesampaian kerana dia meninggal dulu.

3. Simpanan dalam bank si mati ada dalam RM10 ribu, sebuah rumah dan sebidang tanah.

4. Si mati selalu memberitahu isterinya kalau dia tiada, isteri dan anak-anak taklah susah mana, ada tempat bergantung, ada sedikit duit dan ada tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan si mati untuk si isteri dan anak-anak.

5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas (masalah jantung). Si mati meninggalkan balu dan dua org anak perempuan.

6. Sejurus selepas si mati dikebumikan, adik beradik si mati termasuk ibu si mati telah mengajak si isteri berbincang tentang harta si mati kononnya si mati akan terseksa dlm kubur kalau tak diselesaikan secepat mungkin.

7. Si mati tiada anak lelaki, so harta-harta si mati akan dapat juga pada adik beradiknya.

8. Tak sampai seminggu meninggal, datanglah adik beradik arwah bertandang ke rumah, siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid, bahagian utk isteri, anak-anak, ibu si mati dan adik beradiknya.

8. Hukum faraid- bahagian isteri dpt paling sedikit, langsung tak pedulikan perasan si balu yg masih bersedih, dihamburkan pula nas-nas serta dalil bab pembahagian faraid.

9. Paling memilukan dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh si balu dgn anak-anak ikut nilai pasaran. Kemudian mereka beri dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris-waris yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal di situ, atau keluar dari rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

10. Nak cari mana RM150 ribu? Nak tak nak terpaksa balu keluar dari rumah tersebut. Rumah dijual, dapatlah bahagian si balu dan anak-anak dgn jumlah yg si balu dan anak anak dapat mustahil untuk mencari rumah baru.

Waris Lesap Lepas Dapat Bahagian Masing-masing

Bermula lah episod merempat si anak-anak yatim, berpindah randah, menyewa situ sini. Bukan saja si balu, malam anaknya pun bekerja selepas balik sekolah untuk menyara diri sendiri.

Harapan si mati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaannya tak kesampaian. Waris-waris semua lesap lepas dapat bahagian masing-masing.

Walaupun berhak pada harta si mati tapi tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul. Jangan ambil agama itu separuh, separuh utk kepentingan sendiri.

Ya tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dalam hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2 si mati-tempat tinggal /pakaian/makan minum.

Jika kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita adik-adik kita, suami kita, anak-anak kita dari bersifat kejam begini.

Ambil pengajaran saudara saudari, sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar, bila si mati meninggalkan anak-anak yg belum baligh, wajib bagi walinya mengikut turutan wali sebelah si mati menyediakan nafkah utk anak si mati.

Kalau Tidak Diambil Peduli, Menanggunglah Di Akhirat Kelak

Hukum faraid itu sgt adil dan indah, diberi lebih kepada lelaki sebab lelaki adalah ketua keluarga yg kena menanggung orang-orang di bawahnya. Kenapa apabila tiada anak lelaki, harta akan diberi juga kepada adik beradik si mati?

Jelas, Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjawab si wali utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih-lebih si yatim adalah perempuan) dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.

INGAT YA! Dpt pembahagian harta si mati bkn terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.

Tuesday, 14 February 2017

Faraid bukanlah AUTOMATIK!!!

Kebanyakkan umat Islam (di Malaysia) menyangka mereka tidak perlu merancang harta pusaka kerana sudah ada hukum faraid.

Oleh itu, mereka berlumba-lumba mengumpul harta disana sini dengan harapan semua harta dan wang ringgit tersebut dapat diwarisi oleh waris mereka setelah kematiannya.

Tetapi, mereka tidak menyedari bahawa selepas meninggal, waris akan melalui kepayahan terhadap proses pentadbiran harta tersebut.

Semasa hidup, kita adalah pemilik kepada semua harta kita, maka segala kuasa transaksi terletak pada tangan kita.

Nak tutup akaun bank, jual saham, jual rumah, semuanya tandatangan pemilik sahaja, tiada lansung masalah.

TETAPI, jika pemilik meninggal dunia,

> Siapa yang akan ada autoriti untuk pindah hakmilik tanah, rumah, motor dan kereta?
> Siapa boleh tutup akaun, jual saham?
> Siapa boleh keluarkan wang dibank?
> Siapa boleh cairkan wang di unit trust?
> Siapa boleh renewkan roadtax motor dan kereta?

Pernah kita terfikir?

Itulah pentingnya berwasiat, PERLU MELANTIK WASI UNTUK MENTADBIR HARTA PUSAKA PEWASIAT.

Melantik pentadbir adalah untuk memudahkan menjalankan urusan transaksi harta pusaka bagi pihak si mati.

Wasiat bukan dokumen untuk membahagikan harta semata-mata, tetapi yang PALING PENTING ia adalah untuk melantik wasi yang akan mentadbir dan menguruskan urusan harta pusaka si mati.

Faraid adalah bahagian terakhir dalam urusan pusaka.

Anda sudah buat dokumen wasiat?? Hubungi kami segera

Thursday, 9 February 2017

TIDAK SEMPAT BERWASIAT

Pagi Jumaat lepas Kami dihubungi oleh seorang anak untuk menetapkan temujanji bagi membuat wasiat ayahnya. Pagi itu ayahnya masih lagi sihat seperti biasa dan sedang berjalan-jalan di rumah anaknya itu di Kuala Lumpur dari Pahang sempena cuti Tahun Baru Cina.


Temujanji telah ditetapkan pada hari Rabu iaitu 5 hari kemudian di rumah ayahnya di Pahang. Ini kerana faktor cuti tahun baru sehingga hari Isnin dan ayahnya bercadang untuk pulang ke rumahnya di Pahang pada hari selasa. Katanya dia selesa untuk berbincang di rumahnya sendiri tambahan pula mudah untuk mengumpulkan maklumat yang diperlukan jika di rumah sendiri.




Semasa Kami sedang mengadakan kursus kepada Perancang Harta Pusaka di Kota Bahru pada hari Selasa yang lalu, Kami telah dihubungi oleh si anak tadi mengatakan ayahnya tiba-tiba stroke pada petang Jumaat lalu di rumahnya dan kini sedang dirawat di Hospital Selayang. Keadaannya sangat tenat. Anaknya sangat gusar jika ayahnya tdak sempat menulis wasiat sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.


Ini bukan pengalaman pertama Kami menghadapi situasi begini. Tahun lepas situasi yang lebih kurang sama. Seorang pelanggan yang telah setahun menangguhkan hasrat penulis wasiat tiba-tiba kembali menghubungi Kami dan mahu segera menulis wasiat. Rupanya baru disahkan menghidap barah tahap 4. Pihak kami berusaha mempercepatkan proses penulisan wasiat. Sehari kemudian, ketika hadir untuk sesi menandatangani wasiat di rumah pelanggan, didapati pelanggan sudah terlantar tidak sedarkan diri. Beberapa jam kemudian anak pelanggan mengesahkan bahawa ayahnya telah meninggal dunia. Ayahnya meninggal dunia tanpa sempat menandatangani wasiat.


Pengalaman lain yang pernah kami hadapi adalah seorang pelanggan yang mahu menulis wasiat seperti kes ini. Namun selang beberapa hari apabila dihubungi semula, suaminya memaklumkan bahawa isterinya kini berada di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru kerana stroke. Dalam kes ini, pelanggan berjaya diselamatkan namun perlu menjalani tempoh perubatan yang panjang sekurang-kurangnya 6 bulan sehingga boleh bercakap, bangun dan mampu menggerakkan tangannya sendiri untuk menandatangani/mengcop jari wasiatnya. Proses menandatangani wasiat tertangguh. Didoakan semoga beliau cepat semboh dari ujian Allah ini.


Apabila seseorang sudah stroke atau dalam keadaan tenat iaitu hampir mati, bermakna sudah tidak boleh lagi menulis wasiat. Ini kerana hak dan kuasanya terhadap hartanya telah ditarik sebanyak 2/3 walaupun masih lagi belum  meninggal dunia.


Allah maha berkuasa dan Allah jualah yang mah mengetahui...


Dalam kes ini, Si anak tadi sekali lagi menghubungi kami pada hari Rabu. Kali ini dengan nada sedih memaklumkan bahawa ayahnya telah kembali kepada penciptanya awal pagi Rabu itu. Hari yang sepatutnya kami berjumpa atas urusan penulisan wasiat.


Kami berasa amat terkilan kerana sekali lagi tidak dapat membantu seorang Muslim untuk berwasiat sebelum ajalnya.


Semoga rohnya tenang di sana dan dicucuri rahmat.


Disinilah kepentingan perancangan harta dibuat awal iaitu ketika masih sihat dan masih hidup. Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:



    “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).



Bersegeralah berwasiat. Hubungilah Perunding Pakar Wasiat Pusaka Anda yang berada diseluruh negara. Mudah-mudahan perunding-perunding dapat membantu anda dalam menyediakan perancangan harta pusaka sebelum anda dijemput ke alam sana.