Perkhidmatan yang ditawarkan oleh kumpulan PAKAR WASIAT PUSAKA
Kumpulan PAKAR WASIAT PUSAKA terdiri
daripada perunding-perunding harta pusaka yang berkelayakan dan
bertauliah di Malaysia dalam menjalankan perkhidmatan rundingan
perancangan harta pusaka berlandaskan syarak dan diperakui oleh sistem
pentadbiran harta pusaka di Malaysia.
---------------------------------------------------------------
Perunding bertauliah seluruh Malaysia
Perunding-perunding dari kumpulan PAKAR WASIAT PUSAKA terdiri
daripada mereka yang telah menghadiri kursus dan lulus peperiksaan
sebagai perancangan harta pusaka Islam di bawah seliaan syarikat amanah
Islam terkemuka dan terulung di Malaysia iaitu as-Salihin Trustee
Berhad.
Perunding-perunding dari kumpulan PAKAR WASIAT PUSAKA mempunyai pengalaman lebih 7 tahun dalam perkhidmatan PROFESSIONAL PERANCANGAN HARTA PUSAKA ISLAM di Malaysia.
----------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------
Khidmat nasihat lengkap dan menyeluruh
KHIDMAT NASIHAT PERUNDANGAN dalam penulisan dokumen-dokumen PERANCANGAN HARTA PUSAKA ISLAM merangkumi:
i. Pri- TI (Amanah Takaful)
ii. Pri-Emas (Amanah Usia Emas)
iii. Pri-Niaga (Perwarisan perniagaan)
Selain perancangan harta pusaka Islam, perunding-perunding dari kumpulan PAKAR WASIAT PUSAKA juga berkemahiran dalam memberi khidmat nasihat dalam kes-kes pentadbiran harta pusaka:
1. Permohonan Probet di Mahkamah Tinggi bagi kematian berwasiat .
2. Permohonan Surat Kuasa Mentadbir di Mahkamah Tinggi bagi kes kematian tanpa wasiat.
3. Permohonan Surat Kuasa Mentadbir di Unit Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian bagi kes kematian tanpa wasiat melibatkan nilaian harta alih dan tidak alih kurang dari RM2 juta.
4. Permohonan Surat Kuasa Mentadbir di Amanah Raya Berhad bagi bagi kes kematian tanpa wasiat melibatkan nilaian harta alih sahaja kurang dari RM600,000.
1. Permohonan Probet di Mahkamah Tinggi bagi kematian berwasiat .
2. Permohonan Surat Kuasa Mentadbir di Mahkamah Tinggi bagi kes kematian tanpa wasiat.
3. Permohonan Surat Kuasa Mentadbir di Unit Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian bagi kes kematian tanpa wasiat melibatkan nilaian harta alih dan tidak alih kurang dari RM2 juta.
4. Permohonan Surat Kuasa Mentadbir di Amanah Raya Berhad bagi bagi kes kematian tanpa wasiat melibatkan nilaian harta alih sahaja kurang dari RM600,000.
----------------------------------------------------------------
Khidmat nasihat berdasarkan perundangan Malaysia dan Syariah
Setiap perunding di bawah kumpulan PAKAR WASIAT PUSAKA telah dilatih untuk memberikan khidmat nasihat perancangan dan pentadbiran harta pusaka berdasarkan perundangan Malaysia dan Syariah. Khidmat nasihat akan tertakluk kepada:
1. Al-Quran dan As-Sunnah
2. Akta Probet dan Pentadbiran 1959
3. Akta Syarikat Amanah 1949
4. Akat Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955
5. Enakmen Undag-undang keluarga Islam 2003
6. Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
7. Fatwa kebangsaan
dan mana-mana perundangan yang relevan dalam pengurusan harta pusaka bagi orang Islam di Malaysia.
-----------------------------------------------------------------
Perkhidmatan Terus kepada Pelanggan/Waris
Keunikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kumpulan PAKAR WASIAT PUSAKA adalah Perkhidmatan Terus kepada Pelanggan/Waris.
Kumpulan PAKAR WASIAT PUSAKA mempunyai rangkaian yang luas di seluruh Malaysia.
Oleh itu, pelanggan boleh mendapat rundingan secara peribadi (personal) dan penuh privasi. Oleh itu pelanggan boleh memilih tempat dan masa temujanji yang ekslusif dengan terus menghubungi Perunding-perunding bertauliah dari kumpulan PAKAR WASIAT PUSAKA.
----------------------------------------------------------------
Perkhidmatan Sistem Simpanan Selamat yang diperakui
Setiap
pelanggan akan menikmati perkhidmatan simpanan selamat iaitu simpanan
semua dokumen perancangan harta pusaka di dalam bilik kebal yang
diperakui dan mengikut standard yang telah diluluskan oleh Bank Negara
Malaysia. Sistem simpanan selamat iniadalah untuk melindungi dokumen
perancangan daripada risiko:
- Kecurian
- Kebakaran
- Sabotaj
- Bencana alam
------------------------------------------------------------------------
Kursus, Penceramah dan tenaga pengajar
PAKAR WASIAT PUSAKA
mempunyai
tenaga pengajar dan peceramah yang mahir dalam menyampaikan ceramah
berkaitan harta pusaka. Penceramah berpengalaman secara langsung bidang
guaman syarie dan dalam mengurus tadbir harta pusaka orang Islam selama
lebih 7 tahun. Penceramah juga mempunyai kemahiran dalam mengajar dan
membimbing peserta dalam bengkel dan kursus.
Untuk mendapatkan khidmat penceramah dan tenaga pengajar, sila hubungi
Perunding-perunding bertauliah @ email kepada rezqiempiretrader@gmail.com .
Perunding-perunding bertauliah @ email kepada rezqiempiretrader@gmail.com .
No comments:
Post a Comment