SOALAN:
Saya dan suami ada membeli rumah dan meletakkan dua nama - nama suami
dan nama saya. Loan rumah atas nama saya. Bagaimana jika saya suami saya
meninggal dunia dahulu?JAWAPAN:
Bagi rumah yang atas dua nama, setiap pemilik secara langsung mempunyai hak milik sebanyak 50% seorang. oleh itu apabila berlaku kematian pada salah seorang, maka bahagian pimilik yang telah meninggal dunia itu akan menjadi pusaka dan difaraidkan.
Jika hutang atas nama pemilik yang masih hidup, hutang tersebut akan terus dibayar oleh pemilik (penghutang) yang masih hidup walaupun 50% bahagian rumah tersebut telah ditukar kepada nama waris faraid pemilik yang telah meninggal dunia.
------------------------------------------------------------
Saya telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan dan saya berhasrat mewasiatkan harta saya kepada suami dan anak saya.
Adakah seorang wanita juga perlu mengikut sistem faraid untuk memberi harta kepada keluarganya?
Adakah saya perlu mengikut sistem faraid atau saya boleh terus mewasiatkan harta kepada mereka?
JAWAPAN:
Ya, harta pusaka orang Islam, tidak kira lelaki atau perempuan adalah tertakluk kepada faraid.
Di dalam wasiat boleh dinyatakan hasrat pewasiat tanpa mengikut had faraid. Selepas kematian, wasiat yang mana pengagihan hartanya tidak mengikut had faraid memerlukan persetujuan semua waris faraid. jika waris faraid setuju dengan hasrat pemberian pewasiat, maka hasratnya dilaksanakan.
------------------------------------------------------------
SOALAN:
Adakah caruman KWSP boleh wasiatkan?
JAWAPAN:
Ya. Boleh.
------------------------------------------------------------
Saya meletakkan isteri sebagai penama di dalam KWSP. Adakah isteri aya akan mendapat keseluruhan wang KWSP saya?
JAWAPAN:
Ya, isteri akan mendapat keseluruhan wang KWSP tersebut tetapi bertanggungjawab sebagai wasi yang mana wajib membahagikan wang tersebut kepada waris faraid mengikut hukum faraid.
------------------------------------------------------------
Saya meletakkan anak saya yang berumur 10 tahun sebagai penama dalam KWSP. Bagaimana jika saya meninggal dunia ketika anak saya masih di bawah umur?
JAWAPAN:
Wang KWSP tersebut tidak dapat dikeluarkan kepada anak sehingga cukup umur 18 tahun. Biasanya wang tersebut akan dipindahkan ke Amanah Raya untuk dipegang sehingga anak anda dewasa.
Anda boleh melantik wasi di dalam wasiat dan wasi tersebut boleh mengeluarkan wang KWSP tersebut untuk dibahagikan kepada waris anda atau untuk digunakan bagi kebajikan anak anda sementara menunggu anak anda dewasa.
------------------------------------------------------------
SOALAN:
Saya
telah menganut agama Islam dan ibubapa masih beragama Buddha. Adakah
ibu bapa saya akan mewarisi harta pusaka saya selepas saya meninggal
dunia nanti?
JAWAPAN:
Hanya orang Islam boleh mewarisi daripada orang Islam. Oleh kerana ibubapa anda bukan Islam mereka tidak boleh mewarisi daripada anda.
------------------------------------------------------------
Saya telah bercerai dengan isteri saya. Bolehkah bekas isteri saya menuntut hak terhadap harta pusaka saya apabila saya mati nanti?
JAWAPAN:
Tidak. Bekas isteri tidak berhak mewarisi dari bekas suaminya.
------------------------------------------------------------
Saya anak angkat. Ibubapa angkat saya masih lagi hidup. jika mereka meninggal dunia nanti, bolehkan saya mewarisi harta pusakanya memandangkan ibubapa angkat saya tiada anak kandung?
JAWAPAN:
Tidak. Anak angkat tidak mewarisi harta pusaka ibubapa angkatnya melainkan ibubapa angkat tersebut menulis wasiat dan memberi sebahagian hartanya kepada anak angkat di dalam wasiat.
------------------------------------------------------------
Saya adalah anak luar nikah. Bolehkah saya mewarisi daripada ibubapa sebenar saya?
JAWAPAN:
Hanya boleh mewarisi dari ibu sahaja.
------------------------------------------------------------
SOALAN:
Bolehkah saya menulis wasiat dan memberikan kesemua harta saya kepada isteri saya? Adakah waris saya yang lain boleh menuntut?JAWAPAN:
Boleh menulis wasiat dengan memberikan kesemua harta kepada isteri. Wasiat tertakluk kepada faraid, oleh itu waris faraid yang lain boleh menuntut hak faraid mereka.
------------------------------------------------------------
Bagaimana saya hendak memberikan harta kepada isteri tanpa boleh dituntut oleh waris faraid saya yang lain?
JAWAPAN:
Anda boleh membuat Deklarasi Hibah atau Deklarasi Harta Sepencarian untuk memberikan aset tertentu kepada isteri. Waris faraid yang lain tidak boleh menuntut harta yang diberikan kepada isteri melalui deklarasi tersebut.
------------------------------------------------------------
Bagaimana saya hendak menulis wasiat?
JAWAPAN:
Anda boleh menghubungi perunding-perunding wasiat dalam senarai Perunding Pakar Pusaka Islam.
------------------------------------------------------------
Saya ada sebidang tanah yang tidak bergeran. Bolehkah diwasiatkan?
JAWAPAN:
Boleh. Selepas kematian nanti dan harta tersebut boleh ditentukan (sudah ada geran) maka akan dibahagikan sebagai harta pusaka.
------------------------------------------------------------
Adakah tanah FELDA boleh diwasiatkan?
JAWAPAN:
Tanah FELDA tertakluk kepada undang-undang FELDA iaitu hanya boleh diletakkan satu nama sahaja di dalam geran yang dipanggil sebagai pentadbir. Peneroka FELDA boleh mimilih dan melantik pentadbir yang adil dan amanah di dalam wasiat dan mewasiat pengagihan hasil FELDA kepada warisnya.
------------------------------------------------------------
Apakah harta yang boleh diwasiatkan?
JAWAPAN:
Semua harta alih dan tidak alih yang dimiliki.
Harta alih apa sahaja selain tanah dan rumah seperti wang simpanan, saham, kenderaan, syarikat, barang kemas dan takaful.
Harta tak alih adalah tanah dan rumah.
-----------------------------------------------------------
Anda juga boleh muat turun soalan melalui link ini: Soal Jawab
Jika anda ingin mengetahui pembahagian harta pusaka mengikut hukum Faraid, boleh muat turun melalui link ini: Faraid
Sekiranya anda mempunyai soalan untuk
diajukan kepada PAKAR PUSAKA ISLAM, anda boleh bertanya di ruangan
ULASAN di bawah ini atau email ke rezqiempiretraderc@gmail.com. Anda juga
boleh terus bertanya kepada perunding-perunding Pakar Pusaka Islam.
Salam, ibu saya sudah meninggal dunia siapa yang layak mewarisi harta
ReplyDelete